Kata-kata Motivasi Untuk Capai Matlamat
Kata-kata Motivasi Untuk Capai Matlamat
Selalu kita dengar, hidup ini perlukan motivasi. Bermula dari kita kenal perkataan motivasi, kita mula dihidangkan dengan motivasi untuk kita kekal bersemangat.
Setiap kali lepas menghadiri kem motivasi, pasti kita punya semangat berkobar-kobar. Tapi selepas seminggu, semangat mula kendur, motivasi makin malap. Adakah kita perlu hadiri kem motivasi lagi? Adakah kata-kata motivasi tidak lagi menjadi azimat kejayaan?
Hadir lah banyak mana pun kem motivasi, disampaikan oleh pakar motivasi terhebat sekalipun, motivasi hanya tinggal motivasi jika semangat yang kita kumpul tidak disusuli dengan tindakan.
Bukan bermakna kita tidak perlukan motivasi, tetapi motivasi hanya pencetus semangat untuk kita bergerak. Starting engine. Untuk mencapai matlamat, the crucial part is the first step and being consistent.
Jadi apakah tindakan yang perlu dilakukan supaya dari motivasi lahirlah sebuah kejayaan?
1. Tetapkan matlamat
Tanya semula diri kita, apa tujuan kita hidup? Allah jadikan manusia adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Orang yang pertama perlu dipimpin adalah diri kita sendiri. Pimpin diri kita patuh perintah Allah. Jadi orang yang memberi manfaat untuk ummah.
2. Bagaimana nak capai matlamat?
Allah jadikan AlQuran & Sunnah sebagai panduan umat Islam menjalani kehidupan seharian. Nak jadi orang Islam yang berjaya, perlu patuh dan taat pada perintah Allah. Begitu juga dalam mencapai matlamat. Buat jadual harian sebagai panduan untuk kita capai matlamat jangka masa panjang & pendek. Perlu ada rasa tanggung jawab dalam diri dan berdisiplin dalam melaksanakan tugasan. Konsisten dalam berusaha.
3. Hasil tidak akan mengkhianati usaha.
Terus berusaha secara konsisten tanpa jemu. Allah suka hambaNya yang berusaha. Bekerja, berusaha adalah sunnatullah dalam mendapatkan hasil. Bukan bermakna segala kejayaan bergantung pada usaha kita. Tugas kita hanya berusaha, hasilnya banyak atau sikit terpulang pada Pencipta untuk menilainya.
4. Terus berada dalam 'circle positive'.
Sebagai manusia biasa yang mempunyai emosi, pastinya ada masa kita akan rasa down, sedih dan sebagainya. Perasaan itu adalah fitrah. Bila berada dalam kalangan orang bersemangat sangat membantu untuk kita kekalkan momentum dan terus berjuang.
Akhir kata, kata-kata motivasi akan jadi lebih bermakna jika disusuli dengan tindakan dan momentum yang berterusan dengan disiplin. Barulah kejayaan akan muncul.
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Jemput follow
Facebook : Nur Ain Syahidah Sharifuddin
FB Page : Pengedar Shaklee Senawang Seremban
Instagram : Ain Syahidah | Pengedar Shaklee Senawang
YouTube Channel : Coach Ain Kushairi
TikTok : Ain Syahidah | M.O.M.S
Ulasan
Catat Ulasan